17 Feb 2013 with 1 Comment(s)


Assalammualaikum dan salam sejahtera :)
Oleh kerana 1 family tak ada kat rumah , (Nak2 lagi perut tengah buat muzik) tangan Anis menjadi lebih gatal untuk ke dapur dan melakukan beberape EXPERIMENT kat dapur. Haaaa buat apa tuhh ? Okay2 Dah masuk dapur tak akan nak tidur ? Mesti la MASAK. ! 

Tapi nak masak apa ? okay2 Check dulu dalam peti ada pe. Okay yang ada MAKARONI , CHEESE ,BUTTER dan Carrot ! Apa nak buat ek ? Makaroni Cheesy Goreng ? Yummeh memang sedap siot. Apa lagi Anis pun berlari lah cari resepi kat Buku SAJI. kebetulan semalam tengah belek2. 

Senang je nak buat. Apa yang ada perlu buat ialah cari dulu perik kuali belanga semua. haha. Pastikan gas dapur anda masih ber-NYAWA okay. Then , letak la butter (Jangan banyak sangat kang berminyak gila2) , Campak la sayur campur ke apa ke , kalau ada sosej pun humban je. Pastu Letak Sos TIRAM (kebetulan ada) Sos Tomato ( Sos cili pon boleh kalau nak pedas ) . Kacau sehingga agak2 masak.

Pastu campak kan makaroni yang telah direbus. Tak kan nak makan keras gitu. Ye dak ? Letak la banyak mana korang nak. JANGAN LETAK GARAM tau. sebab sos tiram tu memang dah masin ke apa. Anis x ingat. Pastu campak la Cheese tu. Kacau2 La sampai naik bau. Yummeh And the last one taburkan ckit SERBUK OREGANO ( kalau ada) Gaul2 rata and SIAP !! 

Nak lagi sedap Tabur la cheese skit kat atas Makaroni tuh. Biar nampak UHMP ! skit kan ? Dan makan la makaroni. tuh !! TAK FAHAM ? sila lah ke blog2 yang ada resepi lengkap. Hahaha ni update saje2 pun. Nak tengok hasilnya ? Ini dia. Sedap kan ? Cuba bau skit ? eh jap korang mana boleh bau. Nak bau pi la buat sendiri. haha. 

Mohon Maaf kalau anda tak faham ke apa. Maklum lah ini blog sesukati je nak update atau tak. Yang penting EXPERIMENT ini berjaya dengan successful nya. haha. Selamat Mencuba ya !



p/s : Mak tak tahu yang Anis masak nih. Tak pe2 Nanti Anis bgi tau.
Wassalam :)